Home » Kumpulan Cerpen Pokook by Witer Gunik
Kumpulan Cerpen Pokook Witer Gunik

Kumpulan Cerpen Pokook

Witer Gunik

Published 2013
ISBN :
232 pages
Enter the sum

 About the Book 

Cerpen-cerpen yang termuat dalam buku ini membincangkan isu kesejagatan dengan menggunakan latar masyarakat yang jarang-jarang diambilpeduli oleh masyarakat majoriti lainnya. Dalam konteks kepelbagaian etnik di negara ini, unsur pewarnaan tempatanMoreCerpen-cerpen yang termuat dalam buku ini membincangkan isu kesejagatan dengan menggunakan latar masyarakat yang jarang-jarang diambilpeduli oleh masyarakat majoriti lainnya. Dalam konteks kepelbagaian etnik di negara ini, unsur pewarnaan tempatan dalam kebanyakan cerpen dalam kumpulan ini dapat membantu kita memahami keunikan dan keistimewaan kepelbagaian etnik dalam kalangan rakyat Malaysia kerana sastera ialah titian muhibah antara masyarakat.Pembaca akan lebih mengenal keresahan, kesunyian, kasar-halus pandangan peribadi,buah �fikiran dan rasa cinta penulis terhadap budaya, lewat apa-apa yang tersurat dan tersirat dalam karya-karya dalam kumpulan cerpen ini. Apabila membaca Kumpulan Cerpen Pokook ini, nilai kemanusiaan dapat dipertajam dan kelemahan serta kekuatan manusia dapat ditelusuri dan diambil iktibar. Walaupun tinggal di penjuru bumi yang berbeza, namun persoalan dan permasalahan manusia pada hakikatnya serupa.Empat belas buah cerpen dalam buku ini merupakan khazanah kreativiti penulis sebagai salah seorang pemadat dan petualang sastera dari bumi Sabah. Pokook merupakan hadiah istimewa untuk mandala pengalaman kemanusiaan